Barang ni semakin sukar nak dapat, mungkin kerana
telah lebur ke tangan pembeli barangan lusuh atau ramai yang geli nak simpan?
Kawan dapat caping ni pun dari Australia. ‘Orang putih’ ni dulu pernah menetap
di Kelantan dan caping ni antara barangan unik yang dia bawa balik ke negara
asal dia.
Caping kawan ni bermotifkan gambar burung dan buah-buahan liar hutan, diperbuat daripada perak. Tapi, apa dia ‘caping’? Ni antara article yang kawan jumpa:
“Caping dipercayai telah diperkenalkan di negara ini oleh orang India sejak zaman Seriwijaya iaitu sekitar kurun ketujuh hingga ke-13 Masihi. Ia digunakan dengan meluas oleh kanak-kanak di utara dan di pantai timur Semenanjung Malaysia. Penggunaan caping di negeri-negeri lain tidaklah begitu meluas. Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggunakan caping ketika dia sudah boleh berdiri dan berjalan tanpa dipimpin iaitu ketika berumur satu tahun empat bulan.
Cara memakai caping adalah berbeza mengikut taraf dan kedudukan sebuah keluarga. Bagi kerabat raja ada beberapa perkara harus dipatuhi terutama sekali dalam memilih tali yang digunakan untuk mengikat caping di pinggang. Tali-tali yang berwarna putih, kuning, merah, hijau dan ungu dikhaskan untuk kerabat diraja sahaja. Manakala rakyat pula dilarang menggunakan warna kuning. Bagi orang bukan Melayu, tali berwarna hitam pula kerap digunakan.
Tatacara majlis memakai caping boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang tahu tentang istiadat itu walaupun selalunya ia dilakukan oleh bomoh. Istiadat menggunakan caping di kalangan anak-anak kerabat diraja dimulakan dengan merenjis daun emas bercampur tepung tawar untuk memuja semangatnya. Orang kebanyakan pula hanya menepung tawar serta diiringi dengan jampi yang dibacakan oleh bomoh. Kenduri kecil biasanya diadakan terlebih dahulu untuk memikat semangat supaya datang ke tempat majlis memakai caping itu dijalankan. Hidangan yang disediakan biasanya terdiri daripada tiga ulas nangka, tiga jenis buah-buahan tempatan, tiga buku garam, tiga sisir pisang nangka, satu sisir pisang raja dan dua batang lilin lebah. Persembahan ini diletakkan di dalam bekas khas yang dianyam daripada daun pandan dan diletakkan di satu sudut terpilih yang diawasi berhampiran dengan tempat perasapan. Apabila semua persiapan telah disediakan kemenyan pun dibakar.
Selepas itu bomoh akan mengikat caping ke pinggang anak tersebut, diikuti dengan bacaan doa selamat dan menjamah hidangan. Caping biasanya diikat di pinggang dengan menggunakan tali berwarna hitam yang dipercayai boleh mengelakkan sebarang bencana daripada menimpa diri pemakainya. Caping tersebut akan dibuka semula apabila kanak-kanak itu sudah pandai menyarung pakaiannya sendiri. Namun demikian kerana telah biasa memakai caping dia akan berasa tidak lengkap tanpa memakainya walaupun sudah pandai memakai kain.
Paling akhir kanak-kanak memakai caping yang diketahui ialah semasa pemerintahan Sultan Mohamed IV (1899-1920) di Kelantan. Selepas masa itu caping tidak digunakan lagi.”
Condition : Used
Price : RM250
Payment Type : Maybank (Local buyer)
Paypal (International)
Shipping : FREE shipping via Poslaju (Local), Registered (International)